Sistem Organisasi PDF Print E-mail
Written by admin   
Saturday, 28 June 2008

            Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

            

       organisasi

 

 

 

            Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.



Pendaftaran Negeri, Daerah, Gelanggang dan Ahli

            Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan, badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.

           Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan. Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.

          Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

            Bagi tujuan mengembang dan membangunkan silat di seluruh negara secara teratur dan kemas berikut disenaraikan prosidur untuk dijadikan panduan bagi mendaftarkan Pertubuhan di peringkat daerah, negeri, gelanggang dan ahli:

Pendaftaran Daerah :

   1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan ramai, pastikan semua gelanggang Silat Gayong yang ada di daerah dijemput hadir.

   2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah, atau Negeri. Sertakan surat sebagai iringan bagi menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya pihak ini juga akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

   3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

   4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Penyata hendaklah mengandungi:

    * Minit Mesyuarat Agung
    * Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)
    * Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)
    * Senarai Jawatankuasa
  * Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

 

 

Pendaftaran Negeri :

   1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan semua pihak, pastikan wakil semua daerah terutamanya daerah-daerah yang telah mendapat kelulusan pendaftaran dijemput hadir. Dinasihatkan supaya surat jemputan dihantar melalui pos berdaftar.

   2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Sertakan surat sebagai iringan bagi menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya pihak ini juga akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

   3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

   4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Penyata hendaklah mengandungi:

    * Minit Mesyuarat Agung
    * Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)
    * Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)
    * Senarai Jawatankuasa
  * Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

 

 

Pendaftaran Gelanggang :

            Seperti mana yang dinyatakan dalam Pendahuluan, pentadbiran gelanggang hanya perlu berdaftar secara gabungan dengan badan PSSGM Daerah atau PSSGM Negeri jika badan daerah masih belum berdaftar atau ditubuhkan.

            Penubuhan gelanggang hendaklah atas permintaan atau permohonan badan penaja seperti sekolah, kolej, Institut Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Pendudukan Setempat dan sebagainya. Permohonan rasmi secara bersurat atau mengisi borang yang disediakan oleh pentadbiran PSSGM Daerah atau Negeri hendaklah dikemukakan. Apabila permohonan mengemuka gelanggang di kemukakan, pihak pentadbiran akan bertanggungjawab untuk:

   1. memberi makluman terimaan dalam tempuh 3 hari selepas surat atau borang permohonan diterima
   2. mengeluarkan surat kelulusan penubuhan gelanggang kepada pihak pemohon dalam tempuh 5 hari sekiranya permohonan disokong
   3. meminta pihak penaja memohon mendaftarkan gelanggang dengan mengisi borang permohonan Sijil Gelanggang. Permohonan ini hendaklah dipanjangkan kepada pentadbiran Kebangsaan dengan sokongan pentadbiran Negeri. Sijil ini perlu diperbaharui pada setiap tahun.
   4. Sijil Gelanggang hendaklah dibekalkan oleh pentadbiran pusat dalam tempuh 30 hari permohonan penubuhan gelanggang diluluskan.


Pendaftaran Gabungan :

            Dasar gabungan di antara daerah dengan negeri dan seterusnya kebangsaan ialah melalui pendaftaran ahli. Jika gelanggang mendaftarkan ahlinya dengan pentadbiran daerah, maka gelanggang berkenaan telah bergabung dengan daerah tersebut, jika pula pentadbiran daerah memanjangkan pendaftaran ahli-ahlinya kepada pentadbiran negeri, maka pentadbiran daerah berkenaan dianggap telah bergabung dengan pentadbiran negeri tersebut. Sistem gabungan ini berterusan sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, sistem gabungan ini tidak semestinya melalui peringkat-peringkat yang dinyatakan. Penggabungan mungkin berlaku secara terus dari gelanggang ke negeri tanpa melalui daerah, atau daerah terus kepada kebangsaan tanpa melalui negeri. Jumlah ahli minima yang boleh diterima untuk sebarang gabungan ialah tidak tempuh selama 6 enam bulan, gelanggang, daerah atau negeri yang berkaitan boleh dicadangkan untuk digugurkan status gabungannya. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 20 fasal 2 ii) Perlembagaan (1995).

            Dalam menguruskan pendaftaran gabungan, Pentadbiran Kebangsaan menghadapi dua status pendaftaran. Status pertama ialah apabila terdapatnya keadaan dimana pentadbiran daerah atau pentadbiran negeri tidak berdaftar. Contohnya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pentadbiran tanah daerah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan. Negeri-negeri sebegini, gelanggang akan terus berdaftar dengan pentadbiran PSSGM Negeri.

            Kes begini juga dirujuk apabila sesebuah negeri itu tidak mempunyai pentadbiran PSSGM Negeri yang sah berdaftar tetapi sebaliknya beberapa pentadbiran PSSGM Daerah telah pun diluluskan pendaftarannya. Kes seumpama ini berlaku di Johor. Sehingga ke hari ini (Julai 2003), daerah-daerah Johor Bharu, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi, telah mendapat kelulusan pendaftaran, tetapi dalam masa yang sama negeri ini tidak mempunyai pentadbiran PSSGM negerinya.

            Status kedua, apabila berlakunya dimana pentadbiran daerah membuat pilihan untuk tidak bergabung dengan negeri atas sebab-sebab tertentu. Pentadbiran kebangsaan memberi laluan keadaan ini berlaku kerana menimbangkan agar ruang terus diberi kepada ahli-ahli yang terlibat untuk mendaftar di peringkat Pentadbiran Kebangsaan. Asas yang dipegang dalam kes-kes ini ialah, ahli-ahli tidak sepatutnya dihukum atau menjadi mangsa pertelagahan di antara pentadbiran yang terbabit yang mengakibatkan proses pendaftaran ahli terbantut. Walau bagaimana pun ahli-ahli yang terlibat ini tidak dapat mewakili daerah untuk menyertai kegiatan di peringkat negeri dan seterusnya menutupkan peluang mereka untuk menyertai kegiatan di peringkat kebangsaan kerana lazimnya kegiatan di peringkat kebangsaan menghendaki penyertaan dalam kegiatan anjurannya terdiri dari kalangan ahli yang mewakili negeri. Kegiatan-kegiatan ini termasuklah pertandingan, kursus, dan juga Mesyuarat Agung. Mereka hanya boleh bergiat didalam kegiatan di peringkat daerahnya.

 

 

stage

Last Updated ( Saturday, 28 June 2008 )
 
< Prev   Next >
GelanggangDatoMeor.com