Amanat PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 04 May 2009

 

 

 Cikgu Mohd Razali Haji Mohd Salleh ialah Pemegang Amanah II Perguruan Silat Seni Gayong Malaysia dan juga Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).

Menurut Cikgu Razali, ketika hayatnya, Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd.Hashim ada memberi beberapa kata-kata amanah untuk disimpan dan disampaikan kepada anak Gayong. Antaranya, jangan bersikap tamak kerana ia akan binasakan diri sendiri, amanah guru harus dijaga dan beliau tidak boleh derhaka kepada murid.

"Yang masih saya ingat beberapa nasihat dan amanah yang disampaikan kepada saya. Hanya amanah ketiga iaitu saya tidak boleh derhaka kepada murid perlu dimengerti sedalamnya oleh anak Gayong," kata beliau. Bagaimanapun, Cikgu Razali menganggap dirinya bertuah kerana selain menerima amanah dan menyimpan sejarah awal perkembangan Gayong di Selangor, beliau telah diberi kepercayaan untuk menyimpan senjata dan pingat milik Mahaguru.

Pedang Bugis, keris berhulu gading, pedang dan pakaian 'perang' Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman adalah antara barang peninggalan Mahaguru yang ada dalam simpanan Cikgu Razali.

 

Menurut Cikgu Razali, Dato' Meor juga berpesan supaya anak Gayong berkunjung ke empat tempat iaitu:

1.Pulau Sudong (Singapura)

2.Padang Sanai (Kedah)

3.Padang Antah Berantah (Perak)

4.Kuala Sedili (Johor).

"Beliau(Mahaguru) tidak memberitahu sebabnya kenapa perlu pergi empat tempat itu. Saya hanya memenuhi hajatnya supaya dilakukan syufaat wujud di Pengkalan Balak, Melaka tiga tahun lalu," katanya lagi.

 

 

AMANAH MAHAGURU ALLAHYARHAM DATOK MEOR ABDUL RAHMAN

jangan di tepuk susu di dulang
anak harimau tak dapat menyusu
jangan di pecah rahsia hulu balang
nanti harimau hilang kuku

jangan di tepuk darah di dulang
anak harimau mencari ibu
jangan di pecah mantera hulu balang
nanti harimau hilang asu

jikalau ada dulang di tangan
jangan biar jatuh terhempas
jikalau ada senjata di tangan
jangan biar orang rampas

pecah gayong di dalam dulang
dulang hanyut di lautan tujuh
pecah gayong perpecahan sayang
di suatu masa balek berpadu teguh

 

Last Updated ( Monday, 04 May 2009 )
 
< Prev
GelanggangDatoMeor.com